ROSSYATI BINTI SULONG
D20102045645

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN LIMA
KEFAHAMAN SURAH AL-QADR



Sunday 11 December 2011

RAHSIA SURAH AL-QADR

SURAH AL-QADR
"
Dalam surah ini perkataan       Lailatul Qadr telah diulangi sebanyak 3 kali. Jumlah huruf dalam perkataan ialah sebanyak 9 huruf.  Kalau kita darabkan jumlah huruf (9) dengan kekerapannya (3) bersamaan dengan 27. ( 9 X 3 = 27 ).
Perkataan      adalah gantinama yang bermaksud Dia. Di sini   merujuk kepada   . Ajaibnya perkataan dalam surah ini berada dalam kedudukan ke 27 iaitu sama dengan jumlah perkataan    didarabkan dengan kekerapannya seperti yang diterangkan di atas.
Di samping itu, apabila kita melihat kepada perkataan  yang diulang sebanyak 3 kali dalam surah ini terletak dalam kedudukan ke 5, 10 dan 12. Ajaibnya bila campur ketiga-tiganya ( 5+10+12  ) juga bersamaan dengan 27.
Kesimpulannya, dengan 3 keadaan yang menunjukkan angka 27 dalam surah al-Qadr ini, menyebabkan ramai orang berkeyakinan bahawa Lailatul Qadr akan terjadi pada malam ke 27.
Dalam surah ini juga terdapat perkataan    yang bermaksud bulan. Jumlah semua perkataan dalam surah ini dalah 30. Ini menyamai jumlah hari dalam sebualn iaitu 30 hari.

CERITA TELADAN

MARI MENONTON CERITA TELADAN,
UPIN DAN IPIN MAIN PERANAN,
LAILATUL QADAR PENUH KEBERKATAN,
HIASI DIRI DENGAN KEIMANAN.



ARTIKEL MALAM LAILATUL QADAR

Lailatul Qadar

Sunday 4 December 2011

AMALAN-AMALAN MALAM LAILATUL QADAR

Amalan-amalan yang diamalkan pada malamnya: Mulai jam 12.00 tengah malam:

1. Sembahyang sunat wudhuk.

2. Sembahyang sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar.

3. Membaca al-Quran.

4. Istighfar:

5. Zikrullah:


6. Bertasbih:


7. Selawat:


8. Sembahyang sunat tahajjud.

9. Sembahyang sunat tasbih.

Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri oleh para malaikat (sebentar sahaja). Hendaklah segera kita membaca:



Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain."

Dari Aisyah r.a bahawa dia mengatakan, aku bertanya: "Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w.: Ucapkanlah:



Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku."

Friday 2 December 2011

FADHILAT SURAH AL-QADR

1. Rasulullah SAW. bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Qadar, pahalanya sama dengan orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dan menghidupkan malam Al-Qadar.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5/613).

2. Imam Muhammad Al-Baqir (sa) berkata: “Tidak ada seorang pun hamba yang membaca surah Al-Qadar tujuh kali sesudah solat Subuh, kecuali para malaikat berselawat kepadanya 70 selawat dan mencurahkan rahmat kepadanya 70 rahmat.” (Mafatihul Jinan 79).

3. Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata: “Sesiapa yang membaca surah Al-Qadar dalam shalat-shalat fardhunya, malaikat memanggilnya: Wahai hamba Allah, Allah telah mengampuni dosamu yang lalu, maka mulailah amalmu.” (Tafsir Ats-Tsaqalayn 5/612).

4. Imam Ali Ar-Ridha (sa) berkata: “Sesiapa yang berziarah ke kubur saudaranya yang seagama, kemudian ia meletakkan tangannya pada kuburannya dan membaca surah Al-Qadar (7 kali), Allah menjamin keamanan baginya dari ketakutan yang paling besar.” (Tafsir Ats-Tsaqalayn 5/613).

5. Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) menasihati para sahabat dan pengikutnya: “Sesiapa yang sakit, hendaknya ia mengambil bekas air yang baru, kemudian diisi air oleh dirinya sendiri, lalu membacakan pada air itu surah Al-Qadar secara tartil (tertib) sebanyak (30 kali), kemudian air itu diminum, dibuat wudhu’ dan diusapkan pada bahagian yang sakit, jika airnya kurang boleh ditambahkan. Jika hal itu dilakukan, insya Allah dalam waktu tiga hari Allah akan menyembuhkannya dari penyakit itu.” (Tafsir Ats-Tsaqalayn 5/613).