ROSSYATI BINTI SULONG
D20102045645

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN LIMA
KEFAHAMAN SURAH AL-QADR



Sunday 6 November 2011

FIKIRKAN.....

PERHATI DAN HAYATI......
BAIK DIIKUTI, BURUK DIHINDARI.....
FIKIRLAH SENDIRI.....
TEPUK DADA TANYA DIRI.....
MANA SATU PILIHAN HATI.....
HATI-HATI.....!!!!!
SILAP PILIH, BINASA DIRI.....


PENGAJARAN SURAH AL-QADR

  1. Kita hendaklah merebut peluang mendapatkan berkat dan rahmat malam Lailatulqadar.
  2. Allah S.W.T merahsiakan waktu berlakunya malam Lailatulqadar agar manusia sentiasa beribadat kepadaNya.
  3. Kita hendaklah sentiasa menghayati isi kandungan al-Quran.
  4. Kita patut bersyukur dengan nikmat Lailatulqadar.
  5. Kita hendaklah perbanyakkan ibadat pada malam sepuluh akhir bulan Ramadhan.

Saturday 5 November 2011

KEISTIMEWAAN MALAM LAILATULQADAR

  • Pahala amalan  ibadat pada malam  ini lebih baik daripada seribu bulan yang lain.
  • Para malaikat turun  mengatur segala urusan pada malam ini.
  • Malam dipenuhi dengan keberkatan sehingga terbit fajar.
  • Allah menurunkan al-Quran yang mulia.
  • Allah merahsiakan malam lailatulqadar
 INFO
  • Al-Quran di turunkan dari Luh Mahfuz ke Baitulizzah
  • Berlaku pada Malam 17 Ramadhan
  • Sebagai permulaan turunnya al-Quran


    Wednesday 2 November 2011

    INTISARI SURAH AL-QADR


    1.  Surah al-Qadr di turunkan di Mekah serta mengandungi 5 ayat.
    2.  Surah ini dinamakan  "al-Qadr"  kerana membicarakan  kemuliaan dan  kebesaran  malam Lailatulqadar.
    3.  Malam Lailatulqadar adalah lebih baik daripada seribu bulan. Allah SWT  menggandakan pahala yang dilakukan pada malam ini. Pada malam ini para malaikat turun bersama malaikat Jibril dengan keizinan Allah SWT membawa segala  perkara yang ditakdirkan akan berlaku.
    4. Keistimewaan dan kesejahteraan malam ini berterusan sehingga terbit fajar. Allah SWT merahsiakan waktu berlaku malam yang berkat ini agar kita sentiasa beribadat kepadaNya.

    Tuesday 1 November 2011

    RENUNGKAN







    Arghhhhhhh......... mengantuknya.....
    Apakah perasaan apabila dikejutkan untuk bangun sahur...?
    Sanggupkah lenamu diganggu  seawal 3.00 pagi.....?